Saturday, October 24, 2009

Pengenalan

Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Tekat menekat ini juga disebut 'sulaman timbul' atau 'suji timbul'. Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan penggunaan tekstil songket berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain baldu dan juga rupabentuk ciptaannya. Di Malaysia, pusat-pusat seni tekat berkembang di negeri Perak, Pahang dan Johor.

Motif dan Rupabentuk

Motif tumbuh-tumbuhan dan motif geometri. Rupabentuk tekatan terbahagi kepada dua iaitu dua dimensi dan tiga dimensi. Rupabentuk dua dimensi ialah seperti tikar, kipas dan penyangkut kelambu, selempang dan tetampan (Lapik dulang). Rupabentuk tiga dimensi pula seperti tepak sirih, sarung bantal, kusyen, kasut dan tudung saji. Tudung saji dibentuk tiga segi (kon) berongga. Bahagian yang dihias ialah bahagian luar dari puncak hingga ke tapaknya. Acuannya dibuat daripada daun nipah atau rumbia yang diikat dengan rotan atau buluh.

Tempahan


Untuk tempahan tekat boleh hubungi:

Juliana - 012-5304524

Jumiana -013-4904467





Untuk melihat contoh Tekat sila klik pada link Perlengkapan Tekat. Tempahan boleh mengikut rekaan sendiri.

Perlengkapan Tekat

Tudung Saji


KOD 1

Tekat untuk Frame Dinding


KOD 2

Bantal Tangan dan Kusyen


KOD 3

Set Cadar

KOD 4



Tepak



KOD 5